Di setiap masyarakat Islam, syiar Islam berdiri tegak sebagai lambang wujudnya Islam dan pengabdian Muslim kepada al-Khaliqnya.
Namun, antara ibadah-ibadah di mana syiar Islam menghadapi risiko kepudaran ialah ibadah korban.
Pada suatu ketika, ibadah korban tidak dilakukan di negara sendiri, tetapi di negara-negara lain. Ini suatu yang menyedihkan, lebih-lebih lagi apabila kita tidak mempuyai alasan kuat untuk mentiadakannnya.
Perintah Allah bahawa “barangsiapa mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya hal itu timbul dari ketakwaan hati” (Al-Quran, Surah Al-Hajj, Ayat 32) menjadi pendorong bagi syarikat kami untuk mengadakan ibadah korban setempat, walaupun menghadapi cabaran yang pelbagai.
Alhamdulillah, buat kali tahun keempat, kami akan menawarkan khidmat ibadah korban setempat di mana penyembelihan akan dilakukan di Masjid Omar Salmah dan Masjid Hang Jebat.
Tujuan utama kami ialah untuk menghidupkan syiar korban di tanah air sendiri, di mana sohibul korban memilih, menempah, membela, membelai, memberi makan dan akhirnya menyaksikan sendiri, proses sembelihan.
Ini membawa pengertian yang bermakna tentang ibadah korban; iaitu melepaskan sesuatu yang kita sayang, dan kemudian berkongsi sama dengan mereka yang memerlukan.
Bagi mereka yang berminat, mereka mempunyai dua pilihan pakej; iaitu pakej kambing ternakan Hay Dairies di Singapura dan pakej kambing biri-biri dari Australia.
Pakej kambing ternakan Hay Dairies di Singapura merupakan kambing premium jenis Nubian Amerika seberat 65 hingga 90 kilogram. Kambing ini diternak di ladang Hay Dairies Farm, di 250 Neo Tiew Crescent, Singapore 719866. Sekitar 100-120 ekor kambing ini disediakan buat khidmat ibadah korban.
Pakej kedua ialah pakej kambing biri-biri dari Australia yang berharga $780. Sebanyak 800 kambing biri-biri disediakan untuk ibadah korban tahun ini.
Tempahan untuk pakej-pakej ini boleh dibuat melalui laman web www.livekorbansg.com atau menghubungi talian 8011-2640 (Zainal) dan 9653-4157 (Zakaria).